Facebook-seperti yang kita ketahui pada saat ini facebook adalah raja /ratu media sosial yang terbesar didunia,tahukah kamu bahawa facebook telah mencapai 1.84 billion pengguna aktif setiap hari dan purata penggunaan di setiap masa mengambil sekitar 30-45 minit.
Pada saat ini facebook bukan sahaja tempat hiburan dan update keseharian kita ,tetapi facebook juga boleh menjana duit melalui fanspage yang telah kita cipta.Dengan cara fanspage mestilah mempunyai:
- 10k follower/pengikut.
- 30k tontonan 1minit video dalam 60 hari terakhir.
Menurut pengetahuan dan pengalaman saya sebagai conten creator di facebook,cara yang saya lakukan untuk meningkatkan follower dan like di facebook page telah terbukti dan berjaya mendapat 10k follower dalam waktu kurang 2bulan.
Berikuti adalah cara-cara yang saya lakukan untuk meningkatkan/menambah follower di facebook page.
1.Menggunakan facebook creator/studio pencipta .
kamu mestilah memanfaatkan kemudahan yang facebook telah sediakan,contohnya menggunakan studio pencipta facebook sebagai tempat mengupload video,kerana di studio pencipta kita dapat melihat keseluruhan data yang berkunjung ke halaman kita.
2.Tags video.
jika kamu ingin mengupload video ke dalam facebook page kamu mestilah meletakan tags/kata kunci sesuai video yang ingin kamu upload,ini bertujuan jika kata kunci itu di cari kedalam pencarian facebook sudah tentu video kamu akan muncul dalam pencarian.
3.Upload video secara konsisten dan berjadual.
Kamu mestilah upload video secara konsisten dan berjadual ,contoh jika kamu upload video pada hari ini jam 4pm,kamu mestilah upload video pada keesokan hari dengan jam yang sama .ini bertujuan agar pengikuti/follower kita dapat mengetahui video baru yang akan keluar,disamping itu juga ketika kita upload video secara konsisten facebook akan dapat mengrekomendasikan video kita pada senarai main facebook.
4.Bergabung kedalam group facebook.
Cara ini tidak kalah penting juga kerana saya juga sering menggunkan cara ini,bergabung kedalam group yang terdapat pada facebook,jika facebook page kamu tentang conten lucu-lucu maka bergabung dengan sesuai tema .Di dalam group kita boleh share/kongsi video dari halaman kita,tetapi kita perlulah mempunyai izin dari admin group.
Jika terdapat follower maka di situ ada like,jika kita berusaha maka di situ ada kerjaya.
Itulah beberapa cara yang saya gunakan untuk menambah follower di facebook page.kuncinya hanya satu berusaha dan konsisten .saya harap perkongsian ini dapat membantu dan menjawab pertanyaan kamu.