BatuKurau, Perak seorang wanita terjatuh dari tebing air terjun

BatuKurau, Perak: Seorang wanita parah manakala seorang lagi terselamat selepas all terrain vehicle (ATV) yang dinaiki mereka terjatuh dari tebing air terjun di Kampung Sempeneh Cempaka, di sini hari ini. 


Kemalangan membabitkan sebuah ATV terjatuh dari tebing air terjun ketika kedua-dua mangsa sedang melakukan aktiviti rekreasi bersama rakan. Pemandu dipercayai telah hilang kawalan dan ATV terjatuh dari tebing, lalu mangsa terjatuh menghempap batu. 

Kemalangan itu menyebabkan seorang mangsa cedera pada bahagian kepala dan mulut, manakala pemandu tidak cedera dan selamat. Mangsa yang cedera parah kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan susulan.


Sumber: Perak Press

01/10/2022 


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama